Surau Al-Farabi


 Suasana Surau









VISI
Pusat Ilmu membina modal insan berkualiti dunia dan akhirat

MISI
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran 
dan memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi 

PERATURAN AM SURAU

*      Pengurusan surau ini adalah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa yang  dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.

*      Surau ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat,  melaksanakan amali pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan   aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.

*      Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan surau serta  memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan

*      Surau juga boleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

*      Semua barang serta peralatan surau hendaklah dijaga dengan selamat dan tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.

*      Dilarang membawa masuk ke dalam surau perkara-perkara berikut :-
·        Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
·        Bahan-bahan dan gambar lucah, majalah hiburan dan apa-apa penerbitan yang  
          berunsur politik serta risalah-risalah ajaran sesat.
·        Makanan dan minuman.
·        Menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah dengan mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa surau.

*  Tidak dibenarkan menjadikan surau sebagai tempat tidur, melepak, menyalin atau
     menukar pakaian dan seumpamanya.

*  Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta 
     memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.

*  Semua peralatan surau hendaklah disimpan semula dengan kemas selepas
    digunakan.



PAMPLET SURAU AL-FARABI

No comments:

Post a Comment