Pengenalan

Sejarah Sekolah

GAMBARSEK1720PX
Telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan 10 buah taman sekitar Batu 16 Rawang. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan hasrat tersebut. Memorandum bertarikh 06 Mac 2006 telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Pembinaan sekolah telah dimulakan pada penghujung tahun 2006 di Lot 301, Batu 16 Rawang. Pada April 2010 Encik Halimon bin Suratman(kini Pegawai di PPD Gombak) telah dianugerahkan sebagai Caretaker bagi mengurus sekolah serta menerima perabot dan peralatan.
Penyerahan Penuh telah diadakan pada 08 Oktober 2010 oleh Setiausaha Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Puan Suhairi bt Mat Ludin selaku Guru Besar pertama SK Tun Teja yang telah melapor diri pada 01 Julai 2010.
Kumpulan 1 iaitu seramai 600 murid serta 23 guru telah diterima pada 15 dan 16 November 2010. Sekolah Kebangsaan Tun Teja mula beroperasi penuh pada Januari 2011 dengan 47 kelas, 2 prasekolah, 84 guru dan 5 staf sokongan.
Kini jumlah murid telah meningkat kepada 1733 murid perdana, 100 murid prasekolah dan 108 guru (Mac 2014). Jumlah kelas perdana sebanyak 48 kelas dan 4 kelas prasekolah.


Visi & Misi

Visi Sekolah:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PIAGAM PELANGGAN

MURID
  1. Memastikan kebajikan dan keselamatan semua murid diutamakan.
  2. Memastikan semua murid mendapat pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
  3. Memastikan semua kerja akan disemak dengan teliti dalam jangka masa lima hari selepas diberi.

IBU BAPA & PELAWAT
  1. Memastikan ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan kami dilayan dengan mesra, cepat dan memuaskan hati.
  2. Memastikan segala aduan daripada ibu bapa/ penjaga akan mendapat perhatian dan tindakan segera.
  3. Memastikan kad kemajuan murid diberikan tiga minggu selepas peperiksaan.
GURU & STAF
  1. Memastikan pengagihan waktu mengajar yang seimbang mengikut opsyen.
  2. Memastikan setiap staf dan guru mendapat peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  3. Memastikan guru dan staf sokongan yang baharu bertugas menerima gaji dalam tempoh tiga tahun.
  4. Memastikan agihan tugas diberi secara adil dan seimbang.
STAKEHOLDER
  1. Memastikan laporan dihantar ke Kementerian , JPN dan PPD sebelum atau mengikut masa yang ditetapkan.
  2. Memastikan segala urusan surat-menyurat dengan PPD, JPN atau Kementerian berbalas dalam tempoh 7 hari.







No comments:

Post a Comment